boe-uk-gbp-pound-1

Ekonomi UK Berdepan Risiko Kemelesetan Yang Berpanjangan

Penyusutan ekonomi Britain lebih kecil daripada jangkaan 0.2 peratus dalam tempoh tiga bulan hingga September, satu angka rasmi yang berkemungkinan akan memberi gambaran bermulanya satu tempoh kemelesetan yang panjang.

Tinjauan pakar-pakar ekonomi menunjukkan penguncupan yang lebih besar sebanyak 0.5 peratus dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK) Britian pada suku ketiga.

Bank Pusat England (BOE) pada minggu lalu berkata bahawa ekonomi Britain dijangka mengalami kemelesetan dua tahun jika kadar faedah meningkat menyamai unjuran yang ditetapkan oleh pelabur.

Walaupun tanpa kenaikan kadar selanjutnya, ekonomi akan menyusut dalam lima daripada enam suku sehingga akhir 2023, kata BOE.

Pada September sahaja, ketika kemangkatan Ratu Elizabeth disusuli dengan cuti umum seluruh negara sehingga menutup banyak perniagaan, ekonomi Britain telah menyusut sebanyak 0.6 peratus.

Bagaimanapun, semakan semula KDNK, pengucupan pada bulan Ogos hanya mengecil daripada 0.3 peratus kepada 0.1 peratus, sementara KDNK bulan Julai berkembang sebanyak 0.3 peratus daripada 0.1 peratus.

Tinjauan ekonomi yang lemah memberikan latar belakang yang sukar untuk pembentangan bajet pada minggu depan oleh menteri kewangan Jeremy Hunt.

Mengulas mengenai data hari ini, Hunt mengulangi amarannya tentang keputusan sukar mengenai cukai dan perbelanjaan untuk membaiki kewangan awam Britain dan kredibiliti kerajaan dalam dasar ekonomi.

“Untuk mencapai pertumbuhan jangka panjang dan mampan, kita perlu mencengkam inflasi, mengimbangi buku dan mengurangkan hutang. Tidak ada jalan lain.” jelasnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *