uk-flag

Ekonomi UK Hampiri Kemelesetan, KDNK Kembali Mengucup Pada Suku Kedua

Ekonomi Britain menyusut pada suku kedua ketika negara itu menuju ke arah kemelesetan di bawah pentadbiran perdana menteri baharu.

Data rasmi yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Nasional (ONS) menunjukkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) UK susut 0.1 peratus dalam tempoh April-Jun selepas naik 0.8 peratus pada suku pertama.

Bank Pusat England (BoE) menjangkakan bahawa ekonomi akan jatuh ke dalam kemelesetan selama setahun menjelang akhir 2022 kerana rakyat terpaksa berdepan dengan krisis kos sara hidup sementara inflasi kekal di paras tertinggi dalam beberapa dekad.

“Dengan semakan semula pertumbuhan Mei sedikit menurun dan Jun menunjukkan kejatuhan yang ketara (0.6 peratus), secara keseluruhan ekonomi menyusut pada suku kedua,” kata pengarah perangkaan ekonomi ONS Darren Morgan.

“Isu kesihatan adalah sebab terbesar ekonomi menguncup dengan kedua-dua ujian (Covid) dan program pengesanan dan vaksin telah dihentikan, sementara banyak peniaga turut mengalami suku yang sukar,” tambahnya.

Namun begitu, Morgan berkata sebahagian pengucupan itu diimbangi oleh pertumbuhan dalam sekto perhotelan, bar, pendandan rambut dan acara-acara luar sepanjang suku itu.

Pertumbuhan tersebut sebahagian merupakan kesan daripada perayaan Jubli Platinum, satu sambutan yang menandakan 70 tahun Ratu Elizabeth II di atas takhta.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *