china-shipment-trade-e1659938303970

Eksport China Ke Rusia Berkembang Buat Kali Pertama Sejak Februari

Eksport China ke Rusia berkembang dengan kukuh pada bulan Julai menamatkan rekod penurunan sejak Mac yang lalu dengan penghantaran Rusia ke China kekal di tahap terbaik.

Data rasmi China menunjukkan, penghantaran ke Rusia yang dilanda sekatan meningkat 22.2% pada Julai berbanding setahun sebelumnya, menandakan pertumbuhan pertama sejak Mac lalu.

Pertumbuhan import dari Rusia pula kekal dengan kadar yang tinggi pada 49.3% di bulan Julai, walaupun lebih perlahan berbanding kenaikan 56% pada bulan Jun dan kenaikan 79.6% pada bulan Mei.

Hal ini kerana, Rusia adalah sumber utama minyak, gas, arang batu dan komoditi pertanian untuk China.

Berdepan krisis perang Ukraine yang berterusan, Rusia merupakan pembekal minyak terbesar China pada Mei dan Jun berikutan harga bekalan yang lebih rendah.

Bagaimanapun, bekalan minyak yang dimuatkan dari pelabuhan Rusia ke China merosot kepada 21.3 juta tong pada Julai, terendah sejak Februari.

China sehingga hari ini menolak untuk mengutuk pencerobohan dan serangan Rusia ke atas Ukraine dan telah mengkritik sekatan besar-besaran Barat ke atas Moscow.

Kerajaan China juga mengatakan bahawa ia tidak memberikan bantuan ketenteraan kepada Rusia atau Ukraine, tetapi akan mengambil “langkah-langkah yang perlu” untuk melindungi hak syarikatnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *