Eksport Minyak Mentah Arab Saudi Jatuh Ke Rekod Terendah Pada Bulan Jun

Eksport Minyak Mentah Arab Saudi Jatuh Ke Rekod Terendah Pada Bulan Jun

Arab Saudi sebagai pengeksport terbesar di dunia terus mencatat penyusutan hasil eksport pada bulan Jun, jatuh ke paras terendah dalam sejarah beriku

Arab Saudi sebagai pengeksport terbesar di dunia terus mencatat penyusutan hasil eksport pada bulan Jun, jatuh ke paras terendah dalam sejarah berikutan permintaan masih ditekan oleh krisis wabak Covid-19.

Berdasarkan data rasmi dari Inisiatif Data Gabungan Organisasi (JODI) yang dikeluarkan semalam, eksport minyak Arab Saudi telah merosot 17.3% kepada 4.98 juta tong sehari (bpd) yang mana merupakan paras terendah sejak Januari 2002.

Jumlah minyak yang dihantar dari Arab Saudi, termasuk produk minyak, turun 18.7%, dari 7.48 juta bpd (Mei) kepada 6.08 juta bpd (Jun), sementara stok minyak mentah meningkat 5.8 juta tong kepada 153.35 juta.

Minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras antarabangsa telah pulih mendadak sejak menjunam ke paras terendah dalam dua dekad pada bulan April yang lepas.

Walaupun harga masih di bawah 32% dari paras tertinggi tahun ini, namun dengan pembukaan semula ekonomi secara beransur-ansur dan pengeluaran minyak yang terhad, kedua-dua faktor tersebut berjaya mengurangkan kebimbangan terhadap isu bekalan yang berlebihan.

Selain itu, untuk mengimbangi kemerosotan permintaan global, OPEC dan sekutunya yang dikenali sebagai OPEC+ dalam pertemuan yang lalu menyebutkan bahawa rekod pemotongan output yang mula dilaksanakan pada bulan Mei berkemungkinan akan lebih besar pada bulan Ogos dan September.

Data di laman sesawang JODI juga menunjukkan kilang pemprosesan penapisan minyak mentah secara domestik di Saudi jatuh 4.7% kepada 1.85 bpd pada bulan Jun sementara jumlah permintaan produk minyak Saudi pula meningkat 330 ribu bpd kepada 2.16 juta bpd.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: