El Salvador Pertahankan Bitcoin Sebagai Mata Wang Rasmi, Tolak Gesaan IMF

El Salvador Pertahankan Bitcoin Sebagai Mata Wang Rasmi, Tolak Gesaan IMF

Kerajaan El Salvador semalam mempertahankan penggunaan Bitcoin sebagai mata wang yang sah di negara itu, menolak gesaan Tabung Kewangan Antarabangsa

Kerajaan El Salvador semalam mempertahankan penggunaan Bitcoin sebagai mata wang yang sah di negara itu, menolak gesaan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk mengubah haluan.

IMF pada Selasa minggu lalu memberi amaran tentang “risiko besar” yang akan muncul akibat daripada ketidaktentuan pasaran kripto.

“Tiada badan multilateral yang akan memaksa anda melakukan apa-apa, sama sekali tiada apa-apa. Negera adalah berdaulat dalam membuat keputusan mengenai dasar awam mereka,” kata Menteri Kewangan El Salvador, Alejandro Zelaya semalam.

Pada September 2021, El Salvador menjadi negara pertama di dunia menerima bitcoin sebagai tender yang sah bersama-sama dolar AS.

Pada ketika itu, BTC didagang sekitar AS$44,000 dan melonjak ke rekod tertinggi pada November sekitar AS$67,734.

Bagaimanapun, angka tersebut telah jatuh dan mengecil, dan kini didagang sekitar AS$38,000.

Pada minggu lalu, ahli lembaga IMF “mengesa” kerajaan Presiden Nayib Bukele “untuk mengecilkan skop undang-undang Bitcoin.”

Mereka memperingatkan tentang risiko besar yang dikaitkan dengan penggunaan Bitcoin ke atas kestabilan kewangan, integriti kewangan dan perlindungan pengguna.

Namung begitu, Zelaya berkata bahawa IMF tidak pernah meminta mereka menghapuskan Bitcoin sebagai tender yang sah dan beliau menambah akan mengeluarkan bon Bitcoin pada separuth pertama bulan Mac.

“Terdapat peraturan untuk ini,” katanya. “Semua risiko telah dinilai dan kami telah teliti setiap satu untuk meminimumkannya.”

Zelaya juga berkata bahawa El Salvador masih meneruskan rundingan dengan IMF untuk perjanjian pembiayaan AS$1.3 bilion bagi menjelaskan hutangnya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: