El Salvador Rancang Bina ‘Bandar Bitcoin’ Pertama Di Dunia

El Salvador Rancang Bina ‘Bandar Bitcoin’ Pertama Di Dunia

El Salvador merancang untuk membina "Bitcoin City" pertama di dunia yang mana permulaannya akan dibiayai oleh bon Bitcoin, kata Presiden Nayib Bukele

El Salvador merancang untuk membina “Bitcoin City” pertama di dunia yang mana permulaannya akan dibiayai oleh bon Bitcoin, kata Presiden Nayib Bukele hari ini.

Bandar tersebut akan dibina berhampiran gunung berapi Conchagua untuk memanfaatkan tenaga geoterma bagi tujuan menggerakkan kedua-dua bandar dan perlombongan Bitcoin.

Bercakap pada acara penutupan minggu promosikan bitcoin di El Salvador, Bukele berkata bandar yang dirancang di timur negara itu akan mendapat bekalan tenaga daripada gunung berapi dan tidak akan mengenakan sebarang cukai kecuali cukai nilai tambah (VAT).

Tawaran bon pada tahun 2022 akan dilaksanakan sepenuhnya dalam Bitcoin dan pembinaan akan bermula 60 hari selepas pembiayaan disediakan, jelas Bukele.

Samson Mow, ketua pegawai strategi penyedia teknologi blockchain Blockstream yang turut hadir dalam acara tersebut berkata pengumpulan dana untuk membangunkan bandar itu, kerajaan akan mengeluarkan bon permulaan bernilai AS$1 bilion (RM4.18 bilion) yang disokong oleh bitcoin.

El Salvador pada September lalu menjadi negara pertama di dunia yang menggunakan bitcoin sebagai kaedah pembayaran rasmi dan mata wang yang sah diperlakukan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: