elon-musk-twitter-2

Elon Musk Hidupkan Semula Tawaran Membeli Twitter Dengan Harga Yang Sama

Elon Musk pada hari Selasa menghidupkan semula tawarannya untuk membeli laman rangkaian sosial gergasi Twitter dengan harga AS$44 bilion, bertujuan mempercepatkan penciptaan X, sebuah aplikasi untuk segala-galanya.

“Twitter mungkin mempercepatkan X sebanyak 3 hingga 5 tahun, tetapi saya boleh silap,” katanya dalam tweet yang lain.

Walaupun Musk tidak mendedahkan rancangannya untuk Twitter, dia berkata perkhidmatan itu boleh mengenakan bayaran kepada pengguna perniagaan dan kerajaan.

Pada Julai yang lalu, Twitter telah menyaman Musk kerana telah menarik diri daripada perjanjian mengambil alih gergasi media sosial itu.

Tindakan undang-undang yang diambil bertujuan ‘memaksa’ Musk mengambil alih syarikat itu dengan harga yang telah dijanjikan.

Bagaimanapun dengan spekulasi lebih memihak kepada Twitter, Musk telah melakukan perubahan mengejut hanya beberapa minggu sebelum kedua-dua pihak dijadualkan hadir ke mahkamah untuk perbicaraan kes.

Dalam surat kepada Twitter, Musk bersetuju untuk membayar harga yang ditawarkannya beberapa bulan lalu yang mana menyamai penilaian asal AS$54.20 sesaham.

Urus niaga tersebut hanya akan diteruskan selepas menerima pembiayaan dan tindakan undang-undang dibatalkan, kata peguam yang mewakili Musk.

Jurucakap Twitter mengakui firma itu telah menerima cadangan tersebut, sambil menambah “hasrat syarikat itu adalah untuk menutup transaksi pada $54.20 sesaham” – harga yang dijanjikan Musk pada April lalu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *