Ketua pegawai eksekutif (CEO) Tesla Elon Musk menjual saham syarikat bernilai AS$6.9 bilion, satu rekod jualan terbesar Musk sepanjang penyenaraian T
Ketua pegawai eksekutif (CEO) Tesla Elon Musk menjual saham syarikat bernilai AS$6.9 bilion, satu rekod jualan terbesar Musk sepanjang penyenaraian Tesla di bursa
Musk berkata tindakan itu dibuat bagi mengelakkan penjualan saat akhir saham Tesla dalam situasi beliau terpaksa meneruskan perjanjian yang telah dibatalkannya untuk membeli Twitter Inc.
Menurut satu siri pemfailan kawal selia semalam, Musk telah menjual kira-kira 7.92 juta saham pada 5 Ogos yang lalu (Jumaat).
Ketika spekulasi memuncak mengenai sebab pelupusan saham itu, Musk membalas dalam satu siri tweet dengan menyebutkan bahawa beliau ingin mengelak penjualan kecemasan saham jika terpaksa melengkapkan pengambilalihan AS$44 bilion Twitter.
Ketika ditanya oleh pengikutnya di Twitter apakah penjualan saham Tesla telah selesai dan adakah saham itu akan dibeli semula jika perjanjian tidak berjaya dicapai, Musk menjawab: “Ya”.
“Musk pastinya telah menjelaskan bahawa beliau sedang menambah tunai untuk Twitter,” kata Charu Chanana, pakar strategi di Saxo Capital Markets Pte Ltd di Singapura.
“Masa jualan yang tepat sebelum indeks harga pengguna AS dikeluarkan, sememangnya mengisyaratkan sesuatu. Penetapan semula jangkaan Fed mampu menyebabkan lebih banyak tekanan ke atas ekuiti di masa hadapan, terutamanya dalam teknologi,” tambahnya.
Saham Tesla telah meningkat kira-kira 35% daripada paras terendah tahun ini, walaupun ia masih merosot sekitar 20% berbanding tahun lalu.
COMMENTS