Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk menjual hampir AS$4 bilion (RM18.8 bilion) saham dalam syarikat kereta elektrik itu, menurut pemfailan
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk menjual hampir AS$4 bilion (RM18.8 bilion) saham dalam syarikat kereta elektrik itu, menurut pemfailan SEC semalam.
Laporan itu dikeluarkan lebih seminggu selepas Musk menyelesaikan pemerolehan AS$44 bilion gergasi media sosial Twitter.
Musk sangat terdesak dalam mencari jalan bagi membayar perjanjian pemerolehan yang besar itu, yang mana beliau terpaksa menanggung hutang berbilion-bilion dolar dan sebelum ini telah menjual saham bernilai AS$15.5 bilion dalam Tesla.
Semalam, dokumen yang difailkan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) menunjukkan bahawa beliau telah melupuskan lebih daripada 19 juta saham lagi, bernilai melebihi AS$3.9 bilion.
CEO Tesla itu pada mulanya cuba berundur daripada perjanjian pengambilalihan itu selepas tawaran yang tidak dituntutnya diterima pada April.
Musk berkata pada Julai bahawa beliau akan membatalkan kontrak perjanjian kerana telah ditipu oleh Twitter mengenai jumlah akaun “bot” palsu.
Dakwaan itu bagaimanapun ditolak oleh Twitter dan gergasi media sosial itu memfailkan tuntutan mahkamah untuk menahan Musk daripada membatalkan perjanjian itu.
Menjelang tarikh perbicaraan, Musk kembali menghidupkan semula rancangan pengambilalihannya dengan nilai yang sama dan terus memecat eksekutif tertinggi Twitter pada akhir Oktober selepas selesai pemerolehan.
COMMENTS