Elon Musk Kini Individu Kedua Terkaya Di Dunia

Elon Musk Kini Individu Kedua Terkaya Di Dunia

Memetik senarai 500 individu terkaya di dalam Indeks Billionaires Bloomberg, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk kini telah mendahului

Memetik senarai 500 individu terkaya di dalam Indeks Billionaires Bloomberg, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk kini telah mendahului Bill Gates untuk menjadi individu kedua terkaya di dunia.

Selepas menduduki tangga ke-35 pada Januari yang lalu, usahawan yang berusia 49 tahun ini berjaya melepasi kekayaan Bill Gates hanya dalam tempoh 11 bulan.

Kenaikan harga saham Tesla pada hari Isnin telah menambah sekitar AS$7.2 bilion ke dalam kekayaan Musk, menjadikan nilai bersih kekayaannya mencecah AS$127.9 bilion.

Hal ini kerana syarikat Tesla mewakili tiga perempat daripada kekayaan bersih Musk, yang mana empat kali ganda lebih besar berbanding sahamnya dalam Space Exploration Technologies atau SpaceX.

Sehingga hari Rabu, harga saham Tesla terus meningkat, didagang sekitar AS$555.38 sesaham, naik daripada AS$67, harga yang dicatat setahun yang lalu.

Peningkatan saham tersebut juga terus melebarkan jurang perbezaan kekayaan antara Musk dan Gates yang kini berada sekitar $136 billion

Pengasas dan CEO Amazon Jeef Bezos pula kekal sebagai individu terkaya di dunia selepas merampas kedudukan tersebut daripada Bill Gates pada tahun 2017, dengan jumlah kekayaan sebanyak AS$183 bilion.

Sumber: Indeks Billionaires Bloomberg

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: