Emas Bakal Mencatat Kemerosotan Tiga Bulan Berturut-turut

Emas Bakal Mencatat Kemerosotan Tiga Bulan Berturut-turut

Emas menunju kemerosotan tiga bulan berturut-turut, kejatuhan terpanjang sejak 2019 berikutan para pelabur kini sedang menantikan keputusan pilihan r

Emas menunju kemerosotan tiga bulan berturut-turut, kejatuhan terpanjang sejak 2019 berikutan para pelabur kini sedang menantikan keputusan pilihan raya AS di tengah-tengah lonjakan kes jangkitan virus.

Ketidaktentuan masih tinggi menjelang undian 3 November tersebut sehingga menjadikan dolar AS sebagai pilihan utama safe haven berbanding emas.

Sejak emas mencatat rekod harga tertinggi sekitar AS$2,075 per auns pada bulan Ogos, momentum tersebut kini semakin goyah, menimbulkan persoalan di kalangan pelabur apakah kenaikan emas terlalu tinggi dan cepat.

Namun begitu, Standard Charted Bank berkata, “Emas di bursa masih didagang pada zon harga tertinggi dan latar belakang makro masih menyebelahi emas dan berpotensi naik lebih tinggi jika Joe Biden memenangi pilihan raya presiden dan Demokrat mengambil alih dewan Senat”.

Ketua analisis logam berharga HSBC Sekuriti USA, James Stell dalam notanya pula berkata, “Hari ini sehingga pilihan raya, kami jangkakan volatiliti yang tinggi pada pergerakkan logam berharga, dengan emas akan mula meraih sokongan dari permintaan safe haven”.

Sehingga jam 5 petang, harga spot emas atau XAU/USD didagang sekitar $1,871.58 manakala kontrak emas bagi bulan Disember berada pada paras $1,871.10 per auns.

Selain faktor di atas, kebuntuan terhadap pelan ransangan terbaru di AS turut memainkan peranan penting dalam memicu permintaan aset-aset safe haven sehingga mengukuhkan dolar AS pada minggu ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: