Emas Berpaling Arah, Jatuh Hampir $10 Pada Hari Selasa

Emas Berpaling Arah, Jatuh Hampir $10 Pada Hari Selasa

Pasaran emas mula berpaling arah dengan kehadiran pelabur-pelabur AS yang telah kembali ke dalam pasaran selepas bercuti pada hari Isnin yang lalu sem

Pasaran emas mula berpaling arah dengan kehadiran pelabur-pelabur AS yang telah kembali ke dalam pasaran selepas bercuti pada hari Isnin yang lalu sempena Hari Buruh.

Ketidaktentuan pasaran kewangan Argentina dan Turki serta ketegangan isu-isu berkaitan perdagangan terus menekan permintaan emas dan meningkatkan aliran masuk greenback.

Sehingga jam 11.20 malam, pasaran niaga hadapan emas bagi bulan Disembre di Comex NYMEX jatuh 0.79% atau $9.50  kepada $1.197.20 per auns.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain pula naik 0.52% ke paras 95.56 mata.

Pengukuhan dollar menjadikan logam emas lebih mahal untuk dibeli oleh pemilik matawang asing yang lain.

Permintaan dollar melonjak dengan dorongan risk-off mood yang dipandu oleh kebimbangan pelabur terhadap impak pertumbuhan ekonomi global selepas pentadbiran Trump terus menguatkan dasar protectionist mereka disamping menekan pasaran negara membangun.

Pada minggu lalu, Presiden AS Donald Trump menyebut bahawa beliau bersedia untuk mengenakan penambahan tarif ke atas China bernilai $200 billion seawal hari Khamis minggu ini, dan hal ini akan mengeruhkan lagi hubungan perdagangan kedua-dua negara.

Sementara itu, rundingan bersama Kanada pada hari Jumaat lalu tertangguh dan akan dijalankan semula pada hari esok dengan amaran daripada Trump bahawa AS bersedia untuk mengecualikan Kanada daripada sebarang perjanjian baru.

Selain itu, bacaan indeks PMI Pembuatan ISM bagi bulan Ogos yang diterbitkan pada hari ini menunjukkan aktiviti pembuatan AS bergerak pada kadar yang lebih cepat berbanding ramalan. Angka ini sekali gus mengukuhan lagi kedudukan dollar pada malam ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: