Emas Bullish Walaupun 6 Juta Ounce Dijual Pada Jumaat Lalu

Emas Bullish Walaupun 6 Juta Ounce Dijual Pada Jumaat Lalu

Emas kekal diparas tertinggi yang berjaya diperoleh pada hari ini berikutan pasaran masih bimbang dengan keputusan rang undang-undang pembaharuan cuka

Emas kekal diparas tertinggi yang berjaya diperoleh pada hari ini berikutan pasaran masih bimbang dengan keputusan rang undang-undang pembaharuan cukai US yang masih buntu, memberi sedikit tekanan terhadap permintaan dolar.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX naik pada hari Isnin sebanyak $4.56 atau 0.36% kepada $1,278.92 per ounce pada jam 11.35 malam.

Pada Jumaat lepas, penjualan sebanyak 40,000 kontrak emas di Comex (1 kontrak = 100 ounce) dalam masa 10 minit di pertengahan sesi dagangan New York masih misteri.

Sebanyak 65,384 jumlah kontrak bersamaan lebih 6 juta ounce telah dijual sehingga pukul 11.30 malam. Harga jatuh menjunam hampir $13.30 atau 1.1% ke paras $1,274.20. Anggaran kasar nilai penjualan emas adalah $8 billion. Namun begitu, emas masih mengekalkan peningkatan sebanyak 0.4% sepanjang minggu lalu.

Para pelabur akan terus memerhati laporan ekonomi US pada minggu ini terutamanya data inflasi pada hari Rabu yang akan memberi petunjuk baru kepada pandangan polisi monetari di masa hadapan.

Selain itu US turut mengeluarkan data-data ekonomi seperti perumahan, jualan runcit, harga-harga pengeluar dan pembuatan yang menjadi indikator kepada Federal Reserve bagi menentukan dasar mereka.

Komen-komen daripada pembuat dasar Fed termasuk Janet Yellen turut diberi perhatian dalam mengukuhkan jangkaan rate hike pada Disember depan.

Paras Teknikal Emas

Momentum emas dilihat sedikit bullish pada hari Isnin dengan harga berjaya kekal berhampiran paras tertinggi harian. Harga 1283/84 menjadi sasaran minggu ini jika momentum berjaya dikekalkan.

Paras suppport dan resistance emas masih sama seperti minggu yang lalu (baca di sini)

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: