Emas Hitam Junam Lagi?

Emas Hitam Junam Lagi?

Di pasaran Asia, harga Brent dan NYMEX meneruskan momentum susutan semalam menjelang data stok minyak mentah daripada Negara Uncle Sam esok malam jam

Di pasaran Asia, harga Brent dan NYMEX meneruskan momentum susutan semalam menjelang data stok minyak mentah daripada Negara Uncle Sam esok malam jam 1030 waktu Malaysia. Susutan ini juga mungkin disebabkan oleh kebimbangan berterusan berkenaan kesepakatan negara pengeluar minyak bagi menghadkan pengeluaran masing-masing.

 

Di New York, penghantaran Oktober Crude Futures menyusut 1.43% kepada USD46.73 per tong. Manakala kontrak penghantaran Oktober Brent jatuh 1.16% kepada USD48.59 bagi satu tong.

 

Semalam, ketika pasaran Amerika momentum kejatuhan Emas Hitam ini berterusan lalu menambah parah kejatuhan sesi Asia semalam.

 

Selama hampir 3 minggu harga minyak telah meningkat secara konsisten. Peningkatan hampir USD10 bagi satu tong daripada harga minima pada 2 Ogos. Kenaikkan daripada harga minima 2 Ogos lalu telah dipacu oleh sentimen penghadan pengeluaran oleh negara-negara utama pengeluar minyak dunia.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: