Emas Jejak Zon Negatif, Patahkan Pendakian 9 Minggu Berturut-turut

Emas Jejak Zon Negatif, Patahkan Pendakian 9 Minggu Berturut-turut

Logam berharga emas pada minggu lalu buat pertama kalinya menjejak zon negatif, mematahkan pendakian 9 minggu berturut-turut, tutup di bawah $1,950 d

Logam berharga emas pada minggu lalu buat pertama kalinya menjejak zon negatif, mematahkan pendakian 9 minggu berturut-turut, tutup di bawah $1,950 dengan kerugian hampir 4.45% atau sekitar $90.

Pembetulan teknikal, pengambilan keuntungan serta pemulihan sentimen pasaran menjadi tiga faktor utama mendorong kemerosotan tersebut.

Fokus pelabur pada minggu ini tertumpu kepada bacaan KDNK dan pengeluaran Industri di Jepun yang akan dikeluarkan pada hari Isnin.

Pengucupan yang lebih mendalam terhadap aktiviti ekonomi Jepun akan memicu kepada sikap yang lebih berhati-hati sementara menantikan laporan-laporan ekonomi utama yang lain, sekali gus akan membantu mengembalikan permintaan safe haven emas.

Pada hari Rabu, FOMC akan menerbitkan laporan minit mesyuarat bagi bulan Julai. Pengerusi Fed Jerome Powell dalam kenyataan sidang media yang lalu telah menahan diri dari mengubah sebarang unjuran dan outlook bagi jangka masa terdekat.

Fed dijangka akan tetap dengan pandangan tunggu dan lihat sehingga mereka memperoleh penilaian dasar pada bulan September sebelum memutuskan sebarang tindakan yang seterusnya.

Dari prespektif teknikal, $1,930 kini dilihat menjadi paras support terhampir sebelum harga bergerak ke zon$1,860/50 sementara $2,000 kekal menjadi paras psikologi yang akan menghalang kemaraan emas.

Carta jangka masa panjang masih menunjukkan harga berada dalam keadaan ‘overbought’, oleh itu dorongan fundamental seperti perubahan sentimen yang drastik diperlukan bagi pelabur emas untuk meneruskan pendakian.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: