Emas Kekal Rendah Sementara Menantikan Butiran Pakej Rangsangan Biden

Emas Kekal Rendah Sementara Menantikan Butiran Pakej Rangsangan Biden

Harga emas terus merosot pada hari Khamis menjelang pembentangan butiran pakej bantuan tambahan oleh presiden terpilih Joe Biden. Futures emas seh

Harga emas terus merosot pada hari Khamis menjelang pembentangan butiran pakej bantuan tambahan oleh presiden terpilih Joe Biden.

Futures emas sehingga jam 10.30 malam susut hampir $12 kepada $1,843, sementara spot emas didagang sekitar $1,842.65

Biden sebelum ini berjanji untuk mengumumkan satu bantuan tambahan oleh kerajaan yang menelan kos lebih $1 trilion USD dan akan membentang butiran tersebut pada awal pagi waktu Malaysia.

Rangsangan fiskal dilihat dapat menyokong pemulihan ekonomi dan membantu Fed untuk menaikkan semula kadar faedah di masa hadapan. Namun ianya turut meningkatkan unjuran inflasi.

Kesan negatif dan positif daripada rangsangan ini telah menyebabkan harga emas masih bergerak mendatar pada pertengahan $1,800 selepas menjunam lebih $100 USD pada 7 dan 8 Januari yang lalu.

Para pelabur juga sedang mencari petunjuk tentang outlook dasar kewangan bank pusat menerusi ucapan Pengerusi Fed, Jerome Powell malam ini.

Melihat kepada situasi wabak dan pemulihan ekonomi yang rapuh, Fed dijangka tidak akan mengurangkan rangsangan (tapering off).

Walau bagaimanapun, jika Fed memberi isyarat bahawa mereka akan mengecilkan program pembelian bon pada tahun ini, hal tersebut akan menimbulkan kegelisahan dikalangan para pelabur emas.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: