Emas Kerugian Hampir $40 Dalam Sehari, Kekal Di Zon Terendah Mingguan

Emas Kerugian Hampir $40 Dalam Sehari, Kekal Di Zon Terendah Mingguan

Pasaran futures emas berhadapan profit taking besar-besaran pada hari Rabu sehingga memadam dua pertiga keuntungan yang diperoleh sejak pembukaan pas

Pasaran futures emas berhadapan profit taking besar-besaran pada hari Rabu sehingga memadam dua pertiga keuntungan yang diperoleh sejak pembukaan pasaran minggu ini.

Pada hari Selasa, harga emas telah melonjak ke paras tertinggi $1,543 apabila pentadbiran AS tergugat dengan ‘impeachment inquiry’ yang dikenakan ke atas Presiden Donald Trump.

Selain itu, ketegangan konflik perdagangan bersama China dan Iran turut menambah dorongan kepada peningkatan harga emas tiga hari berturut-turut.

Sebahagian penganalisis melihat pendorong bullish bagi pasaran emas masih wujud, namun kecairan bagi profit taking yang lebih besar serta peningkatan permintaan dollar telah menyebabkan pullback pasaran emas hampir $40 ke paras $1,308.00 pada hari Rabu yang lalu.

Penurunan walau bagaimanapun dijangka terhad berikutan kebimbangan terhadap perkembangan politik AS, Brexit serta konflik perdagangan dengan China masih menekan keinginan risiko para pelabur.

Tanpa pengesahan yang lebih jelas, pasaran emas dilihat akan terus bergerak antara julat $1,500 – $1,550 dan berpotensi naik ke zon $1,600 jika ketegangan politik semakin hangat dan ekonomi global semakin mundur.

Sehingga jam 11.15 malam, kontrak futures emas di Comex NYMEX didagang sekitar $1,516.75, naik $4.45 atau 0.29%

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: