Emas Kukuh di Sesi Pasaran Asia

Emas menghala ke utara sejam dengan peningkatan 0.33%, diniagakan pada USD1322 per troy ounce sebelum pasaran London dibuka. Kemungkinan disebabkan pe

Emas menghala ke utara sejam dengan peningkatan 0.33%, diniagakan pada USD1322 per troy ounce sebelum pasaran London dibuka. Kemungkinan disebabkan perdebatan tarikh sebenar UK akan meninggalkan blok ekonomi EU.

 

Di sesi Asia, Pound British jatuh sedikit berikutan David Cameron, Perdana Menteri UK diberitahu bahawa UK akan diberikan lebih kawalan terhadap sistem imigresen sementara menunggu hari-hari terakhir UK dalam EU berikutan perdebatan kesan sebenar kesan UK keluar EU juga masih didebatkan Ahli Parlimen EU.

 

Semalam, harga emas jatuh sedikit ke paras terendah USD1305 per troy ounce disebabkan sesi pengambilan untung oleh para pelabur berikutan harga besi kuning itu melepasi harga tertinggi selama 27 bulan.

 

Manohar-Aich-Indias-pocket-sized-Mr-Universe

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: 0