Emas Kukuh Sedikit Sebelum Menjelangnya FOMC Pagi Nanti

Emas kukuh sedikit di sesi dagangan Eropah pada hari ini (27/4/2016), market mover masih menunggu keputusan yang dibuat oleh Federal Open Market Commi

Emas kukuh sedikit di sesi dagangan Eropah pada hari ini (27/4/2016), market mover masih menunggu keputusan yang dibuat oleh Federal Open Market Committee (FOMC) Federal Reserve AS pada malam ini.

Emas pada sebelum ini kukuh di dalam dua minggu lepas akibat kesan daripada dollar AS yang lemah. Data-data ekonomi AS yang dikeluarkan pada hari Selasa telah memberikan tekanan kepada dollar.

Tahap keyakinan awam AS pada bulan April turun banyak daripada anggaran, optimis warga AS terhadap outlook ekonomi menurun. Angka indeks dari Conference Board turun dan menjadi 94,2 di bulan ini, daripada 96.1 di bulan Mac. Ahli ekonomi yang ditinjau oleh Bloomberg sebelum ini menganggarkan angka index sebanyak 95,8.

Federal Reserve diramalkan tidak akan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat kewangan pada pagi ini, dan market mover akan memberi tumpuan kepada data kadar faedah seterusnya. Pergerakan emas sangat sensitif kepada kadar faedah AS, sepanjang tahun ini emas telah mengukuh kira-kira 16% kesan daripada The Fed dan dijangka akan mempertahankan skadar faedah yang lebih lama.Hammerthrow_wire

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: 0