Emas Lepasi Paras Psikologi, Rekod Harga Tertinggi Mingguan

Emas Lepasi Paras Psikologi, Rekod Harga Tertinggi Mingguan

Selepas jatuh pada awal sesi dagangan Asia yang lalu, pasaran emas menemui pembeli-pembeli baru dan melonjak kembali melebihi garisan psikologi $1,200

Selepas jatuh pada awal sesi dagangan Asia yang lalu, pasaran emas menemui pembeli-pembeli baru dan melonjak kembali melebihi garisan psikologi $1,200 kepada paras tertinggi mingguan.

Logam emas kuning keluar daripada paras terendah dua minggu lalu dan terus mengekalkan momentum positif untuk dua sesi berturut-turut pada hari Khamis.

Peningkatan didorong oleh kelemahan dollar yang terkesan dengan mood pelabur yang lebih berhati-hati dengan pasaran ekuiti disamping kesan negatif daripada penurunan hasil bon AS.

Selain itu, pembelian berdasarkan teknikal turut menguatkan lagi momentum bullish dan berpotensi untuk bergerak ke paras swing high terdekat sekitar harga $1,214.

Data ISM PMI Perkhidmatan AS bagi bulan Ogos yang lebih baik berjaya menampung kelemahan data ADP NFP yang diterbitkan pada jam 8 malam, dan dilihat berhasil menghadkan penjualan dollar.

Pasaran niaga hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX turun daripada paras tertinggi $1,212.50 kepada $1,208.50, namun masih kekal di zon positif, naik 0.50% atau $7.20 setakat jam 11.20 malam.

Fokus utama pelabur emas kini beralih kepada tajuk-tajuk berkaitan isu perdagangan serta data NFP yang akan diterbitkan pada hari Jumaat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: