Emas Melonjak Lebih $6, Menutup Seluruh Kerugian Minggu Ini

Emas Melonjak Lebih $6, Menutup Seluruh Kerugian Minggu Ini

Pasaran emas akhirnya menutup kerugian mereka pada minggu ini apabila mencatat peningkatan dua hari berturut-turut. Momentum bullish yang semakin

Pasaran emas akhirnya menutup kerugian mereka pada minggu ini apabila mencatat peningkatan dua hari berturut-turut.

Momentum bullish yang semakin kuat telah mendorong futures emas di Comex NYMX untuk menambahkan harga l sebanyak $0.50% atau sekitar $6.35 per auns kepada $1,279.65

Permintaan emas pada pembukaan pasaran minggu ini terbenam akibat pemulihan pasaran ekuiti, laporan pendapatan syarikat yang memberansangkan serta data positif daripada sektor perumahan AS.

Di tambah pula dengan peningkatan dollar turut menambakan lagi tekanan ke atas permintaan logam berharga ini.

Greenback walau bagaimanapun gagal untuk meneruskan momentum positif intraday, disekat oleh penurunan hasil bon AS yang berterusan.

Tambahan pula, hasil bon 10-tahun AS yang menjadi penanda aras telah jatuh hampir 1% dan dilihat sebagai salah satu faktor utama yang mengembalikan sokongan kepada pasaran emas.

Berakhirnya data-data ekonomi utama pada hari Rabu, dinamik pergerakan dollar dan hasil bon dilihat akan terus memandu sentimen risiko menjelang laporan GDP Q1 AS pada hari Jumaat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: