Emas Mendatar Dengan Pemulihan Sentimen Risiko, Namun Kekal Dalam Zon Positif

Emas Mendatar Dengan Pemulihan Sentimen Risiko, Namun Kekal Dalam Zon Positif

Emas kekal didagang mendatar berhampiran paras tertinggi $1,800 berikutan permintaan safe haven yang besar pada awal pembukaan pasaran minggu ini tel

Emas kekal didagang mendatar berhampiran paras tertinggi $1,800 berikutan permintaan safe haven yang besar pada awal pembukaan pasaran minggu ini telah mendorong logam kuning untuk kekal di dalam zon positif walaupun keinginan risiko memulih pada sesi pasaran AS yang lalu.

Futures emas bagi bulan Ogos di Comex NYMEX didagang sekitar $1,783.60 per auns, menurun daripada paras $1,796.10, harga tertinggi yang pernah direkodkan oleh Comex sejak November 2011.

Harga spot emas (XAU/USD) pula kekal dengan peningkatan 90 sen kepada $1,772.80 setakat jam 7 pagi, berundur daripada peningkatan intraday tertinggi sejak Oktober 2012 sekitar $1,779.45.

Sebahagian penganalisis melihat pasaran emas sedang meneruskan pendakian mereka untuk menguji harga $1,800.

Walaupun dijangka memerlukan waktu yang lebih lama, namun dengan pembukaan semula ekonomi akan mengurangkan kekuatan USD secara berperingkat, sekali gus memudahkan pemilik matawang asing lain untuk membeli emas kerana nilai yang lebih rendah.

Saham Wall Street pula pulih dengan peningkatan 1.8% pada hari Isnin berikutan penurunan kes wabak di AS dua hari berturut-turut berjaya mengurangkan kebimbangan para pelabur terhadap risiko gelombang kedua Covid-19 yang telah mencecah 10 juta pada minggu lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: