Emas Meroket, Apakah Trump Masih Ada Harapan?

Emas Meroket, Apakah Trump Masih Ada Harapan?

Futures emas didagang tinggi pada hari Khamis, didorong oleh penyusutan dolar sementara pasaran sedang menantikan keputusan pilihanraya yang berkemun

Futures emas didagang tinggi pada hari Khamis, didorong oleh penyusutan dolar sementara pasaran sedang menantikan keputusan pilihanraya yang berkemungkinan akan mengumumkan pemerintahan yang berbelah bahagi.

Kiraan undi diteruskan pada hari ini dengan calon Demokrat, Joe Biden semakin menghampiri kemenangan, sementara Trump mengemukakan beberapa tindakan undang-undang.

Pasaran emas juga dilihat telah menemui support yang kukuh dengan jangkaan Biden akan diangkat sebagai Presiden AS yang baru, namun tanpa majoriti di dewan Senat.

Walau bagaimanapun, berhadapan kegawatan ekonomi, dewan Senat yang dikuasi Republik berkemungkinan besar tidak akan meneruskan rancangan pemotongan cukai korporat Trump.

Pasaran kini sedang menantikan keputusan daripada empat kawasan, Georgia, Nevada, North Corlina dan Pennsylvania.

Jika seluruh kawasan ini berpihak kepada Trump, maka Trump akan mengejutkan dunia buat kali kedua dan mengekalkan jawatan sebagai Presiden AS untuk penggal seterusnya dengan kemenangan 271 undi.

Namun, jika kedua-dua calon gagal memperoleh 270 undi menerusi Electoral College, maka usul pemilihan presiden akan dibawa ke dalam parlimen dan melalui beberapa proses sehingga pelantikan rasmi diumumkan pada 20 Januari 2021.

Ketidaktentuan ini juga menjadikan emas sebagai pilihan instrumen lindung nilai yang utama.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: