Emas Merosot, Wabak Coronavirus Di China Kekal Sebagai Krisis Domestik

Emas Merosot, Wabak Coronavirus Di China Kekal Sebagai Krisis Domestik

Harga emas kekal merosot pada kedua-dua sesi pasaran hari Jumaat selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan cornovirus yang baru belum dis

Harga emas kekal merosot pada kedua-dua sesi pasaran hari Jumaat selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan cornovirus yang baru belum disytiharkan sebagai kecemesan global.

Kontrak futures emas di Comex NYMEX susut -$3.65 kepada $1,561.75 per auns setakat jam 6.30 petang.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional China pada hari Khamis yang lalu melaporkan 25 kematian akibat wabak coronavirus dan telah menjangkiti lebih 800 penduduk sehingga WHO meisytiharkan kecemasan ke atas China.

“Situasi ini adalah kecemasan ke atas China, namun belum lagi menjadi kecemasan kesihatan di peringkat global”, jelas Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus di Geneva.

Namun begitu, para pelabur masih dalam keadaan berjaga-jaga berikutan virus tersebut masih dibimbangi akan terus berkembang sepanjang sambutan Tahun Baru Lunar.

Selain itu, pemulihan sentimen risiko turut menjadi faktor menekan permintaan safe haven emas, dibuktikan dengan peningkatan hasil bon dan matawang dolar AS.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: