gold-bars-usd-e1541544459350

Emas Stabil Di Paras Tertinggi, Data Inflasi AS Akan Mencorak Sentimen Risiko Seterusnya

Pasaran emas memulakan dagangan di bulan Ogos dengan kedudukan yang kukuh, kembali menguji paras AS$1,800 sejak lebih sebulan yang lalu.

Pembelian logam berharga emas pada minggu ini disokong dengan jangkaan data inflasi AS yang lemah pada malam ini.

Menuju laporan berisiko inflasi AS, pasaran dilihat telah menetapkan 67.5% peluang untuk Fed menaikkan 75 mata asas kadar faedah pada bulan September, sedikit tinggi berbanding 65% yang dilihat sehari sebelumnya.

Walaupun bacaan dijangka hanya menunjukkan penurunan kecil berbanding bulan lalu, namun kadar inflasi masih dijangka kekal pada paras tertinggi 40 tahun.

Di tambah pula dengan laporan NFP bulan Julai yang lebih baik, pintu untuk kenaikan kadar faedah yang lebih besar daripada jangkaan oleh Fed pada bulan hadapan semakin terbuka luas.

Di tengah-tengah risiko kemelesetan yang menjulang dan jangkaan pengetatan Fed yang agresif, pasaran dijangka akan memberikan reaksi yang signifikan terhadap keluaran data inflasi AS malam ini.

Hal ini kerana, indeks harga pengguna (CPI) AS akan membantu menentukan jangkaan saiz kenaikan kadar Fed seterusnya, sekali gus memberi kesan yang besar terhadap sentimen risiko, penilaian dolar dan arah harga emas.

Jika kemungkinan Fed mengumumkan ‘rate hike’ yang lebih besar semakin kuat, permintaan pelabur terhadap safe haven emas akan melemah sementara permintaan pasaran bon pula akan meningkat.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *