Emas Terus Mengukuh, Harapan Ransangan Fiskal Terbaru Diluluskan Semakin Cerah

Emas Terus Mengukuh, Harapan Ransangan Fiskal Terbaru Diluluskan Semakin Cerah

Peningkatan emas telah memasuki hari ketiga dengan dolar AS terus merosot sementara harapan untuk ransangan fiskal Covid-19 diperkenalkan sebelum pil

Peningkatan emas telah memasuki hari ketiga dengan dolar AS terus merosot sementara harapan untuk ransangan fiskal Covid-19 diperkenalkan sebelum pilihanraya AS semakin cerah.

Spot emas atau XAU/USD naik $19.50 atau 1% kepada $1,925.70 setakat jam 6.45 pagi.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain pula susut tiga hari berturut-turut ke paras terendah tujuh minggu, didagang sekitar 92.63 mata.

Harapan belanjawan fiskal Covid terbaru diluluskan semakin bersinar apabila ketua kakitangan White House, Mark Meadows berkata bahawa beliau “sangat berharap adanya kemajuan” dalam rundingan.

Meadows juga berkata pihak pentadbiran Trump akan terus terlibat dalam perbincangan bersama Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi pada beberapa hari ke hadapan.

Kongres yang diketuai oleh Pelosi dan Demokratik telah meluluskan pakej ransangan ‘Coronavirus Aid, Relief and Economic Security (CARES)’ pada bulan Mac.

Mereka telah meluluskan bantuan sekitar AS$3 trilion yang mana melibatkan perlindungan gaji pekerja, pinjaman dan geran untuk perniagaan serta bantuan-bantuan peribadi lain untuk warganegara dan penduduk yang berkelayakan.

Namun begitu, selepas kejayaan CARES, pihak Demokratik dan Republik sehingga hari ini belum berjaya menyelesaikan konflik antara mereka terutamanya terhadap saiz bantuan yang baru.

Gabenor Fed, Lael Brainard pada hari Rabu berpandangan bahawa ransangan terbaru adalah kritikal kepada proses pemulihan ekonomi dari krisis Covid-19 yang masih kelihatan lemah dan perlahan.

Laporan Beige Book Fed juga menunjukkan kadar pemulihan ekonomi AS yang kecil dan sederhana pada bulan September dengan kesukaran perniagaan meneruskan operasi mereka di tengah-tengah wabak terus menekan sektor pekerjaan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: