Empat Laporan Fokus Utama Pasaran Pada Minggu Ini

Empat Laporan Fokus Utama Pasaran Pada Minggu Ini

Federal Reserve dan Bank Pusat Eropah (ECB) pada minggu ini akan mengumumkan keputusan dasar kewangan mereka yang terakhir bagi tahun 2019 dengan fok

Federal Reserve dan Bank Pusat Eropah (ECB) pada minggu ini akan mengumumkan keputusan dasar kewangan mereka yang terakhir bagi tahun 2019 dengan fokus pasaran masih tertumpu kepada isu perdagangan menjelang tarikh akhir bagi penguatkuasaan tarif baru AS ke atas barangan China.

Fed dijangka mengekalkan kadar faedah pada pertemuan minggu ini selepas menurunkannya sebanyak tiga kali sepanjang tahun 2019 atas tujuan menyelamatkan ekonomi daripada impak kelembapan diperingkat global.

Pengerusi Fed Jeremo Powell pada mesyuarat bulan Oktober yang lalu turut menyatakan bahawa ekonomi dan dasar telah berada diposisi yang benar, menunjukkan kecenderungan ahli FOMC untuk menghentikan penurunan kadar faedah dimasa hadapan.

Di Eropah, Christine Lagarde akan memulakan mesyuarat dan persidangan pertama selaku Presiden ECB pada hari Khamis.

Namun begitu, tiada perubahan pada dasar dijangkakan selepas bank pusat mengumumkan program ransangan yang baru pada bulan September serta data-data yang mengisyaratkan bahawa kemelesetan telah tamat.

Walau bagaimanapun, perubahan rentak komunikasi selepas jawatan presiden telah dipegang oleh Mario Draghi selama lapan tahun menjadikan penelitian terhadap ulasan dan pandangan Lagarde tentang outlook dasar kewangan, ekonomi dan strategi akan lebih diberi perhatian.

AS dan China pula masih didalam proses mendapatkan perjanjian fasa pertama, namun retorik berpotensi berubah jika penambahan tarif baru AS ke atas barangan import China tetap dilaksanakan pada 15 Disember hadapan.

Selain tiga laporan diatas, keputusan pilihan raya umum UK pada 12 Disember turut menjadi fokus utama pelabur dalam menentukan masa depan bagi isu Brexit.

Berdasarkan tinjauan terkini, parti Konservatif (Tory) masih mendahului, sekali gus mendorong peningkatan pound berikutan kemenangan Tory akan mempercepatkan perlaksanaan Brexit yang tertangguh sejak bulan Mac disamping menamatkan ketidaktentuan yang telah menekan ekonomi sejak tahun 2016.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: