Empat Laporan Utama Jadi Tumpuan Minggu Ini

Empat Laporan Utama Jadi Tumpuan Minggu Ini

Covid-19 kembali menjadi agenda utama di kalangan pelabur berikutan kebimbangan bahawa varian baharu Omicronberpotensi menghalang pemulihan ekonomi g

Covid-19 kembali menjadi agenda utama di kalangan pelabur berikutan kebimbangan bahawa varian baharu Omicronberpotensi menghalang pemulihan ekonomi global daripada krisis wabak.

Varian baharu ini juga mungkin menimbulkan keraguan terhadap kecenderungan Fed untuk lebih cepat mengurangkan rangsangan bagi menangani lonjakan inflasi.

Berlatar belakang senario itu, laporan pekerjaan AS pada Jumaat ini menjadi tumpuan kerana data NFP yang lebih kukuh dapat menjadi pendorong kepada Fed untuk mempercepatkan proses pengecilan pembelian bon bernilai $120 bilion sebulan.

Kebimbangan ke atas isu inflasi, termasuk tanda-tanda pemulihan ekonomi akan bergerak lebih pantas telah meningkatkan kemungkinan untuk melihat kadar faedah dinaikkan lebih awal dari jangkaan.

Selain itu, keterangan Pengerusi Fed Jerome Powell dan Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen pada hari Selasa juga menjadi fokus utama bagi mencari pandangan baharu mengenai prospek pemulihan ekonomi di tengah-tengah ketidaktentuan pandemik.

Para pelabur juga akan mengikuti dengan teliti perkembangan pasaran minyak yang telah mengalami penyusutan sekitar $10 setong pada Jumaat, kejatuhan terbesar sejak April 2020.

Kemerosotan itu dipandu oleh kebimbangan bahawa lebihan bekalan akan mengembang pada suku pertama susulan pengeluaran simpanan strategik minyak oleh negara pengguna serta tindakan sebahagian negara menyekat perjalanan selepas mendapat berita tentang kemunculan varian koronavirus yang baru, Omicron.

Berita tentang inflasi pula menjadi tajuk utama di benua Eropah. Tekanan inflasi yang kian melonjak telah menyebabkan ECB berdepan gesaan untuk mengetatkan dasar monetarinya.

Bagaimanapun, Eropah kini sedang bergelut dengan peningkatan kes jangkitan Covid yang baru, sehingga dapat dijadikan alasan untuk menolak gesaan tersebut.

Pelabur menjangkakan bahawa ECB akan mengkahiri program pembelian aset sepanjang pandemik pada Mac 2022, sambil meningkatkan program pembelian bon jangka panjang untuk mengimbangi pemotongan terhadap rangsangan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: