Empat Sebab USD Masih Mengekalkan Momentum Pembelian

Empat Sebab USD Masih Mengekalkan Momentum Pembelian

Greenback terus mengukuh berbanding matawang utama yang lain pada hari Isnin lalu walaupun hasil bon dan ekuiti merosot. Indeks USD yang mengukur

Greenback terus mengukuh berbanding matawang utama yang lain pada hari Isnin lalu walaupun hasil bon dan ekuiti merosot.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain sehingga jam 10 pagi naik hampir 0.3% ke paras 100 mata.

Empat sebab dilihat menjadi faktor utama mendorong pembelian tersebut. Pertama adalah status safe haven USD serta pandangan tanpa pemulihan di AS, tidak akan berlakunya pemulihan global sejak pandemik Covid-19 menyerang ekonomi.

Kedua, ulasan positif Trump tentang kekuatan USD pada hujung minggu lalu turut mempengaruhi pembelian pada pembukaan pasaran minggu ini.

Ketiga, optimis pasaran dengan kesungguhan dan perancangan Presiden Trump untuk membuka semula ekonomi termasuk laporan yang mengatakan bahawa kilang pembuatan akan mula beroperasi pada awal bulan Mei hadapan.

Keempat, laporan yang mengatakan bahawa Fed akan terus mengecilkan pembelian bon kerajaan, turut memberi impak positif kepada matawang.

Kalendar ekonomi AS memaparkan barisan data yang sedikit pada minggu ini, oleh itu sentimen risiko, perkembangan covid-19 dan pengumuman pakej ransangan dilihat akan terus mempengaruhi aliran keluar dan masuk dolar.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: