Ericsson-Educate-Photo-2022

Ericsson, UTM, DNB Perkenal Inisiatif Pendidikan, Persiapkan Pelajar Untuk Era 5G

Memasuki tahun 2022, salah satu perkara yang paling dinanti-nantikan oleh penduduk bandar-bandar utama di Malaysia adalah percambahan rangkaian 5G.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Digital Nasional Berhad (DNB) sebagai satu-satunya agensi yang membina dan melancarkan rangkaaian 5G di Malaysia telah berusaha keras dalam aspek tersebut.

Dalam sidang media hari ini, Ericsson mengumumkan kerjasama baharu dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan DNB untuk inisiatif pendidikan.

Dalam satu kenyataan, DNB berkata matlamat kerjasama itu adalah untuk mendidik pelajar-pelajar di Malaysia mengenai 5G serta teknologi baru muncul yang lain, melalui platform baharu yang dipanggil Ericsson Educate.

Ericsson pula berkata platform Ericsson Educate akan dibuka secara khusus kepada pelajar dan pensyarah UTM untuk mengakses kepada maklumat dan bahan pembelajaran teknologi utama terkini.

Mata pelajaran yang terpilih adalah termasuk rangkaian 5G, kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin, automasi, teknologi blockchain, pengkomputeran awan, sains data, Internet Perkara (IoT) dan telekomunikasi.

Selain dapat memanfaatkan pengalaman Ericosson selama 145 tahun dalam telekomunikasi dan ICT, kandungan portal Ericsson Educate itu juga disediakan sejara percuma sebagai sebahagian daripada kursus ijazah dalam talian UTM.

Ketua Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh, David Hagerbro, berkata inisiatif itu akan menyemarakkan kerjasama berterusan antara Ericsson dengan UTM dalam penyelidikan dan pembangunan, serta memacu agenda Industri 4.0.

Beliau berkata, ia langkah penting oleh Ericsson dan DNB untuk membangunkan tenaga kerja mahir 5G di Malaysia yang dapat memanfaatkan potensi 5G untuk menyokong wawasan MyDigital kerajaan.

Kerjasama itu dijangka akan memanfaatkan sehingga 1,200 pelajar pada tahun pertama.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *