EU Akan Imbangi Semula Akses Pasaran Dari UK – Ketua Perkhidmatan Kewangan EU

EU Akan Imbangi Semula Akses Pasaran Dari UK – Ketua Perkhidmatan Kewangan EU

Akses Britian ke dalam pasaran EU akan diseimbangkan semula, namun Kota London tidak akan ditutup sepenuhnya, jelas ketua perkhidmatan kewangan blok

Akses Britian ke dalam pasaran EU akan diseimbangkan semula, namun Kota London tidak akan ditutup sepenuhnya, jelas ketua perkhidmatan kewangan blok Eropah Valdis Dombrovskis pada hari ini.

Dombrovskis membentangkan rancangan untuk mengukuhkan pasaran modal EU bagi mengurangkan pergantungannya kepada Britain, yang mana merupakan pusat kewangan terbesar bagi Eropah dan bakal meninggalkan blok kesatuan sepenuhnya pada akhir Disember.

“Kami tidak menutup pintu untuk perkhidmatan kewangan di UK,” kata Dombrovskis kepada wartawan, sambil menambah bahawa akan dilakukan “pengimbangan semula” aktiviti kewangan Britain di dalam blok.

Brussels telah mengatakan bahawa ketika ini, mereka tidak akan membenarkan Kota London (daerah bagi Bursa Saham dan Bank Pusat England) untuk secara langsung menawarkan perkhidmatan pelaburan kepada pelanggan EU di bawah sistem aksesnya yang dikenali dengan kesetaraan.

“Peraturan EU di kawasan ini belum dimuktamadkan sepenuhnya, oleh itu kami tidak dapat memberikan kesetaraan untuk sesuatu yang masih dalam proses,” kata Dombrovskis.

Namun begitu, ini tidak bermaksud pasaran EU akan ditutup kerana syarikat-syarikat yang berpangkalan di UK masih dapat menggunakan akses dua hala yang tersedia dari beberapa anggota negara, tambah beliau.

Britian dan EU gagal memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan pada bulan Jun bagi menilai akses dua hala terhadap perkhidmatan kewangan sejak Januari.

Dombrovskis juga ingin UK menjelaskan lebih lanjut tetang keputusan mereka untuk mengenepikan beberapa perundangan EU.

“Kami perlu memahami apakah jenis perbezaan yang dibicarakan oleh Britain dan potensi implikasinya,” jelas beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: