EU Barnier: Rundingan Mungkin Berlanjutan Menjangkaui ‘Tarikh Akhir’ Johnson

EU Barnier: Rundingan Mungkin Berlanjutan Menjangkaui ‘Tarikh Akhir’ Johnson

EU pada hari ini berkata rundingan bagi perjanjian selepas Brexit berkemungkinan akan memakan masa berminggu-minggu, menafikan tarikh akhir yang diis

EU pada hari ini berkata rundingan bagi perjanjian selepas Brexit berkemungkinan akan memakan masa berminggu-minggu, menafikan tarikh akhir yang diisytiharkan oleh PM UK Borish Johnson.

Johnson pada bulan yang lalu telah memberi amaran jika tiada kemajuan dalam perbincangan sehingga hari Khamis (15 Oktober) iaitu hari pertama persidangan EU, beliau akan berhenti berunding dan bersiap sedia dengan senario tanpa perjanjian.

Michel Barnier, perunding bagi Kesatuan Eropah pula memperingatkan jika tiada perjanjian digariskan sebelum akhir bulan Oktober, sukar bagi parlimen EU untuk meluluskannya pada tahun ini.

Walau bagaimanapun, selepas pertemuan antara menteri-menteri EU di Luxembourg pada hari ini, Barnier menekankan bahawa masih banyak perkara yang perlu dilakukan.

Beliau juga menegaskan bahawa ahli-ahli kesatuan masih sebulat suara dengan keputusan untuk menggunakan undang-undang EU dalam urusan perdagangan bersama Britian.

“EU akan terus bekerja dalam beberapa hari dan minggu kehadapan bagi mendapatkan perjanjian yang adil”, tulis Barnier dalam ciapan Twitternya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: