ukraine-russia-grain

EU Gesa Rusia Batalkan Keputusannya Untuk Menarik Diri Daripada Perjanjian Laut Hitam

Kesatuan Eropah hari ini menggesa Rusia membatalkan keputusannya untuk menarik diri daripada perjanjian yang diuruskan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membolehkan eksport bijirin Ukraine melalui Laut Hitam.

Desakan itu dikeluarkan oleh EU ditengah-tengah krisis makanan global yang telah mendorong lonjakan inflasi hampir di seluruh dunia.

“Keputusan Rusia untuk menangguhkan penyertaan dalam perjanjian Laut Hitam meletakkan risiko laluan eksport utama bijirin dan baja yang sangat diperlukan untuk menangani krisis makanan global yang disebabkan oleh perangnya ke atas Ukraine,” kata ketua dasar luar EU Josep Borrell di Twitter.

“Oleh itu, EU menggesa Rusia untuk menarik balik keputusannya.” tambah Borrell

Tindakan Rusia menarik diri daripada perjanjian telah mendatangkan kemarahan dikalangan kuasa dunia.

Hal ini kerana keputusan itu bukan sahaja akan menjejaskan usaha mereka untuk menghindari krisis kebuluran malah menambah bebanan ke atas para penggubal dasar untuk meredakan inflasi yang semakin menekan kehidupan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *