EU Kesal Dengan Tarif Terbaru AS, Harap Konflik Dapat Selesai Bersama Biden

EU Kesal Dengan Tarif Terbaru AS, Harap Konflik Dapat Selesai Bersama Biden

EU kesal dengan penguatkuasaan gelombang baharu tarif AS ke atas sebahagian barangan Jerman dan Perancis semalam dan berkata mereka akan mencari peny

EU kesal dengan penguatkuasaan gelombang baharu tarif AS ke atas sebahagian barangan Jerman dan Perancis semalam dan berkata mereka akan mencari penyelesaian bersama pihak pentadbiran Biden.

Hubungan EU bersama Presiden Trump semakin keruh apabila AS mengenakan tarif ke atas pembuatan pesawat Airbus dan Boeing yang mana telah menerima subsidi dari kerajaan sejak 16 tahun lalu.

Para pengeksport Perancis pula dikenakan kenaikan tarif ke atas wain dan cognac, sementara Jerman dikenakan duti import baru terhadap sebahagian barangan aeronautik mereka.

“Suruhanjaya memperhatikan kemunculan tarif AS pada hari ini adalah berpunca dari kes WTO mengenai subsidi pesawat Airbus,” jelas suruhanjaya EU dalam satu kenyataan.

“Seperti yang telah kami jelaskan sebelumnya, kami kesal Amerika Syarikat memilih untuk menambahkan lebih banyak produk-produk EU ke dalam senarai balasnya,” tambah mereka.

EU juga berkata mereka berharap dapat terlibat secara konstruktif dengan pentadbiran AS yang baru bagi menyelesaikan perselisihan jangka panjang ini sekaligus memperbaharui agenda transatlantik.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: