European-Commission_flag_palace

EU Sediakan Rancangan €195 Bilion Untuk Hentikan Pengunaan Bahan Api Fosil Rusia

Suruhanjaya Eropah merancang untuk mendedahkan pelan €195 bilion untuk menghentikan pengimportan bahan api fosil dari Rusia menjelang 2027.

Draf dokumen rancangan itu turut memasukkan gabungan pelancaran tenaga boleh diperbaharui dan penjimatan tenaga yang lebih pantas dengan pertukaran kepada bekalan gas alternatif.

Langkah-langkah yang diumumkan di dalam draf termasuk gabungan undang-undang EU, skim yang tidak mengikat, cadangan-cadangan dari negara anggota serta penilaian semula perbelanjaan masih boleh berubah sebelum ia diterbitkan pada minggu hadapan.

Suruhanjaya menjangkakan langkah peralihan itu memerlukan penambahan pelaburan sebanyak €195 bilion, selain daripada pembiayaan yang diperlukan untuk memenuhi sasaran perubahan iklim 2030 blok Eropah.

Berdasarkan draf cadangan itu, untuk mempimpin rancangan tersebut, Brussels sedang mempertimbangkan untuk menggantikan sasaran penggunaan tenaga boleh diperbaharui daripada 40% kepada 45% menjelang 2030.

Selain itu, EU juga ingin menaikkan sasaran pemotongan 13% dalam penggunaan tenaga seluruh Eropah menjelang 2030, lebih tinggi berbanding cadangan semasa 9%.

Antara cadangan lain akan mengubal undang-undang EU untuk mempercepatkan tarikh kelulusan beberapa projek tenanga boleh diperbaharui

Kelulusan itu termasuk rancangan untuk pembinaan semula industri pembuatan solar di Eropah serta melancarkan tenaga solar berskala besar.

Brussels juga akan menjelaskan rancangan untuk menghasilkan 10 juta tan hidrogen boleh diperbaharui menjelang 2030 serta mengimport 10 juta tan lagi.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *