EU Summit: Kesepakatan Ke Atas Agihan Dana Pemulihan Menjadi Fokus Utama

EU Summit: Kesepakatan Ke Atas Agihan Dana Pemulihan Menjadi Fokus Utama

Majlis Eropah pada hari ini telah memulakan pertemuan dua hari bagi membincangkan tentang Kerangka Kewangan Berbilang Tahun (MFF) 2021-2027 dan Dana

Majlis Eropah pada hari ini telah memulakan pertemuan dua hari bagi membincangkan tentang Kerangka Kewangan Berbilang Tahun (MFF) 2021-2027 dan Dana Pemulihan.

Kebanyakkan anggota Kesatuan masih mengkritik bentuk bantuan pemulihan yang dibentangkan.

Ahli ekonomi dari ABN Amro menjangkakan persidangan EU kali ini akan membentuk kesepakatan terhadap jumlah dana dan kadar pinjaman berbanding geran, namun masih akan meninggalkan beberapa persoalan utama tidak terjawab.

“Nilai Dana Pemulihan dijangka kekal sebanyak EUR 750 bilion kerana pengecilan yang lebih besar akan memberi isyarat bahawa Eropah tidak mampu melawan kejutan yang sedang dihadapi.

Tambahan pula, pecahan antara pinjaman dan geran dijangka akan lebih sekata berikutan kritikan yang berterusan dari ‘furgal four’ (Sweden, Belanda, Denmark dan Austria) dan Finland terhadap isu tersebut.”, jelas mereka.

Antara faktor utama yang mendorong jangkaan di atas adalah peruntukan sebahagian dana berdasarkan kejutan ekonomi akibat Covid-19 yang pernah dicadangkan oleh Presiden Suruhanjaya Eropah Charles Michel.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: