EU Tarik Perhatian Pasaran, Sedia Menerima Pelancong AS Pada Musim Panas

EU Tarik Perhatian Pasaran, Sedia Menerima Pelancong AS Pada Musim Panas

Kesatuan Eropah (EU) menarik perhatian pasaran dengan pendirian tegasnya terhadap isu Brexit ke atas UK menjelang tarikh akhir perjanjian pada 27 Apr

Kesatuan Eropah (EU) menarik perhatian pasaran dengan pendirian tegasnya terhadap isu Brexit ke atas UK menjelang tarikh akhir perjanjian pada 27 April ini.

Selain itu, tajuk-tajuk berkaitan risiko geopolitik di Laut Cina Selatan turut menjadi faktor yang telah mengalihkan tumpuan pasaran kepada blok Eropah, termasuk kesediaan mereka menerima kemasukan pelancong dari AS pada musim panas nanti.

The Times pada hari ini mengeluarkan satu berita yang menunjukkan gesaan Brussels ke atas Britain untuk mendapatkan perjanjian Brexit yang mudah.

Akhbar tersebut menyebutkan, “Perunding Suruhanjaya telah memberitahu UK bahawa EU akan memansuhkan tuntutan untuk memeriksa penyeberangan makanan ke Ireland Utara jika kerajaan UK menyelaraskan negaranya dengan semua peraturan keselamatan tumbuhan, haiwan, kesihatan dan persekitaran EU.”

Pada waktu yang sama Reuters, menerbitkan isu ketegangan antara EU dan China dengan mengatakan, “EU mengkritik China pada hari Sabtu kerana telah menganggu ketenteraman di Laut Cina Selatan dan menggesa supaya seluruh pihak mematuhi keputusan pengadilan tahun 2016 yang menolak sebahagian besar tuntutan China terhadap kedaulatan di laut”.

Sementara itu, akhbar New York Times pula melaporan bahawa blok Eropah bersedia menyambut pelancong daripada AS yang telah mendapatkan kesemua dos vaksin Covid-19.

“Pelancong Amerika yang telah diberi vaksin Covid-19 sepenuhnya akan dapat mengunjungi EU pada musim panas, kata ketua badan eksekutif blok itu dalam wawancara dengan The New York Times pada hari Ahad.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas lebih setahun Eropah menyekat kemasukan perjalanan tidak penting dari kebanyakkan negara, bertujuan menghadkan penyebaran wabak.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: