EU Tekad Untuk Dapatkan Perjanjian Brexit, Namun Perlu Memastikan Persaingan Yang Terbuka & Adil

EU Tekad Untuk Dapatkan Perjanjian Brexit, Namun Perlu Memastikan Persaingan Yang Terbuka & Adil

PM UK Boris Johnson pada hari Ahad yang lalu menetapkan 15 Oktober sebagai tarikh terakhir bagi mendapatkan berjajian Brexit bersama EU. Membalas

PM UK Boris Johnson pada hari Ahad yang lalu menetapkan 15 Oktober sebagai tarikh terakhir bagi mendapatkan berjajian Brexit bersama EU.

Membalas kenyataan tersebut, Suruhanjaya Eropah menyuarakan kesungguhna mereka untuk mendapatkan perjanjian dengan cepat bagi memastikan kestabilan hubungan ekonomi dan perdagangan di masa hadapan.

“Kami sedang memberi tumpuan sepenuhnya untuk memaksimumkan hasil rundingan pada pusingan minggu ini … kami berkongsi hasrat PM Johnson untuk mencapai kesepakatan dengan cepat. Kami akan melakukan sedaya untuk mendapatkan perjanjian,” kata jurucakap Suruhanjaya kepada taklimat umum media

Beliau menyebutkan ‘no-deal’ Brexit pasti akan mewujudkan halangan kepada perdagangan dan pertukaran sempadanan yang tidak pernah ada ketika ini, namun memperingatkan bahawa EU hanya ingin mendapatkan sebuah perjanjian yang dapat memastikan persaingan yang terbuka dan adil.

EU juga ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai dasar bantuan luar yang akan dilaksanakan oleh Britain pada masa akan datang bagi memastikan tiada campur tangan kerajaan UK dalam membantu syarikat milik mereka untuk melemahkan syarikat-syarikat EU melalui bantuan kewangan yang tidak adil.

“Saya akhirnya ingin menekankan bahawa di samping kami bertekad untuk mencapai kesepakatan dengan UK, EU tetap bersedia – jika berlakunya senario tanpa perjanjian – untuk berdagang dengan UK dengan peraturan WTO pada 1 Januari 2021,” jelas beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: