EU Tingkatkan Kuasa Untuk Kawal Pelaburan China

EU Tingkatkan Kuasa Untuk Kawal Pelaburan China

Suruhanjaya EU hari ini melancarkan satu kekuatan baru bagi menyekat syarikat-syarikat yang disokong oleh negara yang telah memasuki Eropah dengan ja

Suruhanjaya EU hari ini melancarkan satu kekuatan baru bagi menyekat syarikat-syarikat yang disokong oleh negara yang telah memasuki Eropah dengan jalan yang tidak adil.

Peraturan baru ini merupakan bentuk tidak balas EU ke atas kebangkitan China, dan jika dipersetujui oleh setiap anggota negara dan Parlimen Eropah, ianya akan memberi kebolehan baru kepada pihak berkuasa EU untuk menyiasat syarikat-syarikat asing yang ingin bergabung dengan syarikat Eropah.

Walaupun peraturan tersebut tidak menyebutkan China secara khusus, namun hubungan antara EU dan China yang semakin keruh susulan isu sekatan dan hak asasi manusia, memberi isyarat yang jelas siapakah yang menjadi sasaran utama peraturan itu.

Ketegangan hubungan itu telah memaksa Suruhanjaya EU menghentikan usaha untuk mendapatkan pengesahan dalam perjanjian pelaburan Jerman-China yang dilihat akan menjadi faktor utama untuk mendorong pemulihan hubungan kedua-dua negara.

“Kelebihan yang tidak adil menerusi subsidi telah lama menjadi penindas dalam persaingan antarabangsa. Inilah sebabnya mengapa kami menjadikannya satu keutamaan bagi mengatasi amalan yang tidak adil itu, ”kata Naib Presiden EU, Valdis Dombrovskis.

“China sememangnya menjadi cabaran dalam konteks ini, namun ia boleh meliputi hampir kebanyakan negara, dan sebarang keadaan, jika didapati terdapatnya situasi yang telah dipalsukan di pasaran,” katanya.

Menerusi peraturan baru, pihak berkuasa anti-monopoli blok Eropah akan menyiasat syarikat asing yang disokong negara masing-masing yang ingin memperoleh perniagaan EU dengan perolehan tahunan lebih dari €500 juta.

Siasatan yang dibantu oleh negara juga akan dilancarkan ke atas perusahaan bersubsidi yang menawar kontrak awam besar di Eropah, seperti kereta api atau telekomunikasi yang bernilai lebih dari €250 juta.

Brussels juga akan mengambil beberapa langkah pembetulan bagi mengatasi gangguan persaingan termasuk melarang penggabungan atau pemberian kontrak umum kepada syarikat yang bersangkutan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: