EUR Mengukuh Disokong Oleh Pertumbuhan Ekonomi Yang Pesat

EUR Mengukuh Disokong Oleh Pertumbuhan Ekonomi Yang Pesat

Pertumbuhan ekonomi Eropah terus berkembang dengan pesat apabila bacaan awal GDP suku tahun keempat meningkat 0.6% seperti yang dijangkakan. Selain it

Pertumbuhan ekonomi Eropah terus berkembang dengan pesat apabila bacaan awal GDP suku tahun keempat meningkat 0.6% seperti yang dijangkakan. Selain itu, kaji semula bacaan suku tahun ketiga turut naik ke paras 0.7%

Pada unjuran tahun ke tahun, kadar pertumbuhan 19 blok negara matawang Euro paras naik kepada 2.7% dan bacaan kaji semula pada suku tahun ketiga pula meningkat kepada 2.8%.

EUR/USD melonjak dan meneruskan pemulihan ke paras 1.2433, naik 0.41%. Pasangan matawang ini turut mengambil kesempatan terhadap sentimen greenback yang masih lemah.

Kadar pertumbuhan ekonomi suku tahun keempat Sepanyol pula berada pada 0.7% dan Perancis sekitar 0.6%. Kedua-dua bacaan ini menepati ramalan dan menunjukkan pertumbuhan yang mapan sekaligus mengukuhkan kedudukan matawang Euro.

Berikut adalah perubahan Euro berbanding matawang lain setakat jam 9.37 malam.

Mampukah greenback (USD) kembali pulih?

Fokus pasaran kini beralih kepada laporan keyakinan pengguna CB Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada jam 11.00 malam. Laporan ini menjadi perhatian kerana menjadi indikator penting bagi mengukur perbelanjaan pengguna serta dapat menilai tahap keyakinan mereka terhadap aktiviti ekonomi

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: