EUR Susut, ECB Isyaratkan Dasar Yang Lebih Longgar Pada Disember

EUR Susut, ECB Isyaratkan Dasar Yang Lebih Longgar Pada Disember

ECB mengekalkan dasar monetari sebagaimana yang dijangkakan dengan kadar faedah kekal sekitar -0.5 peratus sehingga 0.0 peratus. Namun, Presiden E

ECB mengekalkan dasar monetari sebagaimana yang dijangkakan dengan kadar faedah kekal sekitar -0.5 peratus sehingga 0.0 peratus.

Namun, Presiden ECB Christine Lagarde dalam kenyataan media semalam cenderung ke arah dovish selepas menegaskan bahawa para pembuat dasar kini sedang bersiap sedia untuk “menyusun semula” alat dasar mereka pada bulan Disember.

Tanpa memberikan butiran lanjut mengenai alat yang akan digunakan, Lagarde hanya menyebutkan bahawa seluruh kerajaan blok Eropah bersedia untuk melanjutkan program ransangan.

Hal ini memberi isyarat bahawa ECB bersedia untuk melonggarkan lagi dasar bagi meransang ekonomi yang sedang terbeban dengan krisis kesihatan.

Selain itu, kesan daripada sekatan pergerakan dan lonjakan angka jangkitan di blok utama ekonomi Eropah seperti Jerman, Perancis dan Sepanyol ke atas pemulihan ekonomi turut membimbangkan pasaran.

Secara teknikal, sebahagian penganalisis melihat euro masih cenderung merosot, namun memerlukan katalis baru untuk menekan EUR/USD ke paras 1.1600.

Fokus kini tertumpu kepada bacaan awal KDNK Q3 EU dan Jerman yang mana kedua-dua dijangka berkembang lebih tinggi berbanding suku tahun sebelumnya, namun kekal di paras negatif pada unjuran tahun ke tahun.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: