EUR Tutup Semula Kerugian, Fokus Sidang Media Presiden Jerman

EUR Tutup Semula Kerugian, Fokus Sidang Media Presiden Jerman

Euro mengukuh semula berbanding matawang utama yang lain, menutup semula kerugian dalam sesi Asia selepas kegagalan rundingan Merkel membentuk kerajaa

Euro mengukuh semula berbanding matawang utama yang lain, menutup semula kerugian dalam sesi Asia selepas kegagalan rundingan Merkel membentuk kerajaan campuran Jerman.

Usaha menggabungkan tiga parti bagi membentuk kerajaan campuran menemui jalan buntu selepas Parti Demokratik Bebas (FDP) keluar tanpa sebarang perbahasan.

Kegagalan ini menyebabkan Canselor Jerman, Angela Merkel terpaksa membentuk kerajaan minoriti yang mana menyebabkan hilangnya kuasa majoriti pemerintah dan ketidaktentuan fiskal.

Sekiranya kerajaan minoriti juga gagal dibentuk, presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeirer mungkin akan mengumumkan pilihanraya semula. Sidang media Steinmeirer akan dijalankan pada jam 9.30 malam.

EUR/USD didagangkan sekitar 1.1777 selepas menyusut ke paras 1.1723 pada sesi Asia berikutan pelabur melihat kegagalan Jerman membentuk kerajaan campuran mungkin tidak akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

Berbanding yen pula, EUR/JPY naik semula ke paras 132.12 selepas jatuh kepada harga 131.18

Berikut adalah perubahan harga EUR berbanding matawang lain pada jam 8 malam:

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: