EUR/USD: Apakah Isu Yang Akan Menghalang Pemulihan Euro?

EUR/USD: Apakah Isu Yang Akan Menghalang Pemulihan Euro?

Dalam keadaan UK terhimpit dengan krisis politik yang berlanjutan disebabkan oleh isu Brexit, matawang euro tetap mengekalkan prestasi terbaik pada mi

Dalam keadaan UK terhimpit dengan krisis politik yang berlanjutan disebabkan oleh isu Brexit, matawang euro tetap mengekalkan prestasi terbaik pada minggu lalu.

EUR/USD melonjak 0.74% sepanjang minggu lalu dan tutup di paras 1.1420, menutup kerugian yang dialami empat minggu berterut-turut sejak awal bulan Oktober lalu.

Matawang ini turut menafikan kelemahan data tinjauan ZEW Jerman, GDP Q3 dan imbangan perdagangan EU.

Hal ini didorong oleh perubahan risk appetite yang dilihat telah memberi tekanan kepada dollar pada minggu lalu disamping memulihkan pasaran saham.

Dollar ditekan oleh kenyataan yang dovish daripada dua pegawai tertinggi Fed, Jerome Powell dan Richard Clarida.

Kedua-dua mereka menyuarakan kebimbangan terhadap halangan yang bakal dihadapi oleh ekonomi pada tahun 2019.

Kenyataan ini dijangka akan menjejaskan outlook dan dotplot rate hike Fed pada tahun 2019 yang akan diumumkan pada mesyuarat dasar bulan Disember hadapan.

Walau bagaimanapun, para pelabur masih bimbang untuk membeli euro secara agresif berikutan minggu ini menjadi minggu penting bagi mendapatkan perkembangan isu belanjawan Itali.

Sebahagian pengenalisis menjangkakan EU akan mula mengumumkan sekatan ke atas negara tersebut pada hari Rabu.

Sehingga jam 5.25 petang, EUR/USD masih didagang sekitar 1.1414 dengan resistance terhampir berada sekitar harga 1.1425 (R1).

Jika isu Itali ini dapat diselesaikan, EUR/USD berpotensi untuk naik ke paras psikologi 1.15 (R2) sebelum menguji harga 1.1550 (R3).

1.1385 (S1) pula menjadi support terhampir. Jika ditembusi, harga dijangka jatuh ke zon 1.1320 (S2) dan 1.1300 (S3)

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: