EUR/USD Berpotensi Naik Sehingga $1.1580?

EUR/USD Berpotensi Naik Sehingga $1.1580?

Kekalahan parti Republik AS mempertahankan majoriti di dewan rakyat telah melemahkan dollar dan turut meningkatkan permintaan aliran matawang utama ya

Kekalahan parti Republik AS mempertahankan majoriti di dewan rakyat telah melemahkan dollar dan turut meningkatkan permintaan aliran matawang utama yang lain seperti euro.

Euro dilihat masih meneruskan pemulihan, menguji semula paras tertinggi dua minggu yang baru berbanding dollar selepas keputusan rasmi midterm election AS diumumkan.

Bullish EUR/USD kini sedang cuba menembusi paras resistance psikologi 1.15 dan masih didagang sekitar 1.1481 setakat jam 11.30 malam.

Laporan fundamental terkini turut menyokong pengukuhan euro apabila pengeluaran industri Jerman bagi bulan September memaparkan peningkatan melebihi jangkaan pasaran.

Selain itu, jurang hasil bon AS-Jerman semakin mengecil pada kadar yang sederhana.

Momentum bullish yang masih kuat mengekalkan EUR/USD di zon positif.

Secara teknikal, 1.1470 (S1) kini menjadi support terhampir, kemudian di paras 1.1455 (S2) dan 1.1430 (S3)

1.1500 (R1) pula penghalang paling signifikan yang telah menghadkan lonjakan EUR/USD.

Jika berjaya ditembusi, harga berpotensi naik ke paras 1.1555 (R2) dan 1.1580 (R3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: