EUR/USD Berpotensi Tembusi ‘Support’ 1.1300 Menjelang Penyerahan Belanjawan Itali

EUR/USD Berpotensi Tembusi ‘Support’ 1.1300 Menjelang Penyerahan Belanjawan Itali

EUR/USD berpotensi jatuh melepasi paras 1.130 untuk pertama kali sejak Jun tahun 2017 yang lalu, didorong oleh konflik antara Rom (Itali) dan Brussels

EUR/USD berpotensi jatuh melepasi paras 1.130 untuk pertama kali sejak Jun tahun 2017 yang lalu, didorong oleh konflik antara Rom (Itali) dan Brussels (EU) akan meluaskan lagi jurang hasil bon kerajaan Itali dan Jerman.

Pasangan matawang ini berjaya naik ke paras 1.1330 pada sesi Asia, berkemungkinan disokong oleh laporan yang mengatakan bahawa Itali sedang mempertimbangkan untuk mengubah pelan belanjawan dengan menurunan unjuran pertumbuhan tahun 2019 kepada 1% bagi mendapatkan kelulusan oleh EU.

Sasaran defisit fiskal yang hangat diperdebatkan walau bagaimanpaun kekal di paras 2.4 peratus.

Hal ini menyebabkan pemulihan EUR/USD terhad dan kembali didagang sekitar 1.1310 setakat jam 2.30 petang.

Selain itu, belanjawan Itali terus menjadi isu yang akan menekan sentimen Eropah dengan jurang perbezaan antara bon 10-tahun Itali dan Jerman kini mencapai 294 mata asas dan dijangka akan naik melepasi paras 300 mata asas, sekali gus memicu penjualan besar-besaran matawang tunggal euro.

Itali mempunyai masa sehingga hari Selasa untuk menghantar draf belanjawan terbaru kepada EU.

Secara teknikal, bearsih EUR/USD berisiko untuk melepasi support penting 1.1300 (S1).

Jika berjaya ditembusi harga akan terus menunju paras 1.1265 (S2) dan 1.1230 (S3).

Resistence terhampir pula berada di paras 1.1370 (R1), 1.1420 (R2) dan 1.1460 (R3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: