EUR/USD Bertahan Di Paras Terendah Jumaat Yang Lalu, Didagang Mendatar Dalam Julat ‘Intraday’

EUR/USD Bertahan Di Paras Terendah Jumaat Yang Lalu, Didagang Mendatar Dalam Julat ‘Intraday’

EUR/USD terus didagang berhampiran paras terendah hari Jumaat yang lalu, bergerak mendatar, naik dan turun di dalam julat intraday 20 pips. Dollar

EUR/USD terus didagang berhampiran paras terendah hari Jumaat yang lalu, bergerak mendatar, naik dan turun di dalam julat intraday 20 pips.

Dollar berjaya pertahankan momentum bullish yang terbentuk selepas laporan NFP yang lalu walaupun tidak berjaya mencatat sebarang perubahan yang signifikan pada hari ini kerana ketiadaan data-data makro utama.

Sehingga jam 10.35 malam, EUR/USD didagang pada paras 1.1212, susut -0.11% atau 12 pips.

Matawang tunggal EUR sedikit melemah dengan data yang bercampur daripada Jerman apabila Pengeluaran Industri naik pada kadar yang sederhana 0.3% (MoM), namun jatuh ke paras 3.7% (YoY) pada bulan Mei.

Pasaran ekuiti juga masih ditekan apabila terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa kadar faedah Fed hanya akan diturunkan sekali sahaja pada tahun ini.

Tanpa sebarang data di dalam kalendar ekonomi AS, dagangan bagi EUR/USD dijangka akan terus bergerak mendatar pada julat intraday sepanjang sesi dagangan AS.

Fokus pasaran kini beralih perbicaraan Jerome Powell di Senat hari Rabu, kemudian diikuti minit mesyuarat FOMC bulan Jun yang lalu.

Secara teknikal, EUR/USD masih dalam keadaan bearish bagi jangka masa terdekat dengan support terhampir kini berada di paras 1.1180 (S1), kemudian di paras 1.1140 (S2) dan 1.1105 (S3).

Resistance terhampir pula berada pada harga 1.1270 (R1), 1.1315 (R2) dan 1.1350 (R3)

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: