EUR/USD Bertukar Bearish Menjelang Ucapan Draghi

EUR/USD Bertukar Bearish Menjelang Ucapan Draghi

Permintaan greenback yang semakin meningkat mula menekan EUR/USD pada hari Selasa, berundur ke paras terendah mingguan dan kini menghampiri zon 1.142

Permintaan greenback yang semakin meningkat mula menekan EUR/USD pada hari Selasa, berundur ke paras terendah mingguan dan kini menghampiri zon 1.1420.

Fokus utama pasaran pada hari ini adalah keputusan undian perjanjian Brexit May di parlimen UK yang akan berlangsung awal pagi hari Rabu.

Walaupun perjanjian tersebut dijangka akan ditolak, namun perbezaan jumlah undian akan menjadi penentu kepada tindakan May seterusnya, sekali gus menjadi pemandu utama kepada sterling (GBP).

Selain itu, keputusan tersebut juga akan memberi impak secara langsung kepada sentimen dan trend risiko pasaran secara keseluruhan.

Di Eropah, fokus juga tertumpu kepada ucapan Presiden ECB Mario Draghi pada jam 11 malam.

Para pelabur akan mendapatkan lebih banyak maklumat tentang kelembapan yang sedang berlaku di sesetengah kawasan dan kesannya ke atas pendirian bank pusat.

Secara keseluruhannya, politik Itali, belanjawan Perancis, pilihan raya parlimen EU dan kelemahan fundamental Jerman pada pertengahan tahun kedua 2018 dilihat akan menjadi penghalang kepada peningkatan Euro (EUR).

Dari sudut teknikal, outlook akan kekal bearsih jika zon 1.1410 ditembusi dan berpotensi untuk terus jatuh ke paras 1.1260.

Manakala resistance pula berada di paras 1.1500 sehingga 1.1540.

Bagi dagangan tempoh masa sederhana dan panjang, isu hubungan perdagangan AS-China akan terus menjadi pemandu utama kepada sentimen pasaran global.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: