EUR/USD Berundur Didorong Oleh Pengucupan Pertama Sektor Pembuatan Jerman Sejak Empat Tahun Yang Lalu

EUR/USD Berundur Didorong Oleh Pengucupan Pertama Sektor Pembuatan Jerman Sejak Empat Tahun Yang Lalu

Euro berundur sementara saham dan bon meningkat pada hari Khamis didorong oleh data PMI yang bercampur dari negara-negara Eropah bakal menjadi ukuran

Euro berundur sementara saham dan bon meningkat pada hari Khamis didorong oleh data PMI yang bercampur dari negara-negara Eropah bakal menjadi ukuran kepada mesyuarat dasar pertama ECB malam ini.

Rundingan perdagangan AS-China juga menjadi utama termasuk isyarat yang menunjugkkan penagguhkan Brexit.

Perancis melaporan penurunan pada aktiviti perniagaan, semakin jatuh daripada kadar tertinggi empat tahun lalu, impak bantahan daripada pihak anti-kerajaan.

Sektor perkhidmatan Jerman pula meningkat lebih tinggi daripada jangkaan, namun ditutup oleh pengucupan pertama sektor pembuatan sejak lebih empat tahun yang lepas.

EUR/USD susut -0.26% kepada 1.1351 setakat jam 8.35 malam dan dengan peningkatan sektor teknologi memberi sokongan kepada saham, pelbagai soalan bakal diajukan kepada Presiden ECB Mario Draghi menjelang sidang media pada jam 9.30 malam.

Hasil bon Zon Eropah pula jatuh dan kelemahan data Perancis telah menolak bon 10-tahun jatuh ke paras terendah enam bulan lalu di paras 0.61%

Para pelabur mengharapkan ulasan yang positif daripada ECB berkenaan rate hike pertama sejak tahun 2009 pada tahun ini dan bank pusat dijangka mengekalkan kadar faedah di paras 0.00% pada pertemuan malam ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: