EUR/USD Bullish, Menghampiri Paras Tertinggi Minggu Lalu

EUR/USD Bullish, Menghampiri Paras Tertinggi Minggu Lalu

Dolar AS dilepaskan sejak awal sesi dagangan Eropah yang lalu, didorong oleh optimis pasaran terhadap perkembangan vaksin koronavirus serta pembukaan

Dolar AS dilepaskan sejak awal sesi dagangan Eropah yang lalu, didorong oleh optimis pasaran terhadap perkembangan vaksin koronavirus serta pembukaan semula ekonomi sehingga mengakibatkan pengeluaran dana daripada instrumen-instrumen safe haven.

Senario tersebut turut mendorong pasangan matawang EUR/USD untuk terus maju ke paras 1.0975 setakat jam 11 malam, naik sekitar 0.70% atau 77 pips.

Sehingga hari ini 10 vaksin yang berbeza sedang diuji dan jangkaan bahawa dunia akan memperoleh vaksin bagi menangani Covid-19 turut meningkat selepas sebuah syarikat bioteknologi yang lain mengumumkan bahawa mereka mula menguji vaksin tersebut ke atas manusia.

Tambahan pula, keyakinan ke atas ekonomi juga sedikit memulih apabila negara-negara di blok Eropah semakin melonggarkan sekatan termasuk sebahagian negeri di AS, mengisyaratkan bahawa ekonomi kini sedang beransur-ansur bergerak ke arah yang normal.

Secara teknikal, carta 4 jam menunjukkan EUR/USD telah melepasi garisan 20 SMA dengan satu bentuk ‘candle’ yang besar, mengisyaratkan ‘volume’ yang tinggi.

Pasangan matawang ini juga mengekalkan momentum bullish di paras yang positif dan semakin menghampiri paras tertinggi 1.1008 yang direkodkan pada minggu lalu dengan resistance terdekat berada sekitar 1.1010 (R1), 1.1050 (R2) dan 1.1090 (R3).

Sementara harga support terhampir berada di zon 1.0925 (S1), 1.0890 (S2) dan 1.0840 (S3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: