EUR/USD: Euro Diserang Pada Semua Arah, Jatuh Empat Hari Berturut-turut

EUR/USD: Euro Diserang Pada Semua Arah, Jatuh Empat Hari Berturut-turut

Pasangan matawang EUR/USD jatuh empat hari dagangan berturut-turut, didagang menghampiri zon support kritikal di paras 1.10 setakat jam 12.30 tengahh

Pasangan matawang EUR/USD jatuh empat hari dagangan berturut-turut, didagang menghampiri zon support kritikal di paras 1.10 setakat jam 12.30 tengahhari.

Euro telah diserang oleh semua arah pada hari Jumaat yang lalu bermula dengan angka-angka PMI yang lemah, komen dovish daripada ECB dan juga data-data AS yang positif.

Walaupun laporan IFO Jerman menepati jangkaan dan menunjukkan pemulihan pada keyakinan perniagaan, namun tekanan penjualan euro masih kuat berikutan permintaan greenback dan pound yang terus mendominasi pasaran pada hari Isnin yang lalu.

Laporan terkini menunjukkan bacaan indeks iklim perniagaan yang dikeluarkan oleh IFO tidak pernah jatuh sejak bulan Ogos yang lalu.

Angka tersebut mengesahkan pandangan sebahagian penganalisis yang melihat ekonomi Jerman semakin stabil.

Risiko tarif auto pula memudar berikutan tiada pengumuman terbaru yang dikeluarkan oleh Presiden Trump selepas menangguhkan perlaksanaannya pada 14 November yang lalu.

Fokus pada hari ini tertumpu kepada bacaan indeks iklim pengguna Jerman hasil tinjauan Gfk bagi bulan Disember pada jam 3 petang dan data keyakinan pengguna CB AS pada jam 11 malam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: